Sunday, September 7, 2008

Friday, September 5, 2008

Wednesday, August 20, 2008

Cara Pemasangan dan Fungsinya





Penerangan


Petrol RM2.70 seliter. USD147 setong. Itulah dunia sekarang, perkara yang paling penting naik mendadak. Perbelanjaan rumah tangga ala kadar sahaja. Yang miskin terhimpit dengan keadaan, kini menjadi fakir. Yang sederhana menjadi miskin. Yang kaya bertambah kaya. Itu hakikat yang kita tempuhi.

Sekarang macam-macam teknologi muncul untuk mengatasi masalah ini. Penggunaan petrol cuba di kurangkan. Adakah dengan kuasa magnet, minyak campuran, pil, gas NGV atau air. Tapi semua anda tahu pemasangan penjimat petrol berharga beratus ringgit. Malah ada yang beribu.

Kos Berjimat

KOS 1:

Jika anda memasang NGV. Semua orang tahu harga pemasangan lebih kurang RM3000. NGV RM0.68 seliter. ( Harga subsidi petronas ) tapi tak semua stesen mempunyai pam NGV. Petronas sahaja ade. Sebab kos elektrik, lokasi dan keselamatan. Itulah yang Hassan Merican Pengerusi Petronas cakap. Tetapi masalahnya anda korbankan masa beratur di stesen dan ruang bagasi kereta anda.

KOS 2:
Jika anda pakai minyak campuran d
i tangki. Satu botol RM30. Tapi adakah anda gunakan sebotol saja. Banyak botol bukan. Fikirkan kosnya.

KOS 3:
Jika anda pakai pil masuk ke tangki, ini sama macam minyak campuran juga.

KOS 4:
Jika pakai magnet, teknologi ni dah lama. Kalau nak kira paling jimat. Kos RM200 ke atas.

KOS 5:
Jika pakai air, teknologi terbaru di Malaysia. Kalau nak kira lagilah jimat. Kos di luar antara RM1500 ke RM30
00. Mana anda nak pilih. Pasti yang paling murah, bukan?

Teknologi Air

Air (H2O) Hidrogen2Oksigen Untuk melihat air dari segi perspektif kimia dan teknikal, sila lihat Air (molekul). Untuk melihat rencana air dari segi Islam untuk bersuci, sila lihat Air (bersuci)
Air mineral Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup. Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)



Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui
terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun, terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal (ais dan salji). Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai kuat yang dinamakan ikatan kovalen. Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H2 pada katod sementara empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh dikumpulkan. Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung dengan satu atom oksigen pada sudut 105 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikan molekul air mempunyai caj positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen.

Ole
h yang demikian, molekul air adalah dwikutub. Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciri-ciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup. Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.

Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahan-bahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini. Hidrogen Hidrogen dikatakan sebagai unsur pertama wujud dan terbanyak selepas pembentukan alam semesta. Dalam matahari molekul hidrogen ditukarkan kepada helium melalui pelakuran nuklear pada kadar 600 juta tan sesaat. Hidrogen merupakan unsur paling ringan, dengan dua atom hidrogen membentuk satu molekul hidrogen. Hidrogen wujud secara bebas, dan juga sebagai sebahagian daripada air, bahan galian, dan bahan organik. Hidrogen dibebaskan semula melalui elektrolisis air dan melalui pemprosesan petroleum. Hidrogen tidak terbakar, tetapi meletup apabila bercampur dengan oksigen dan didedahkan kepada api.

Hidrogen


H
idrogen membentuk 3 isotop, protium, deuterium, dan tritium, mengandungi 0, 1, dan 2 neutron. Hidrogen digunakan dalam proses penghasilan metanol, ammonia, dan asid hidroklorik. Hidrogen pernah digunakan untuk mengisi kapal udara tetapi sifatnya yang mudah meletup apabila bercampur dengan oksigen dan terkena api menyebabkan hidrogen digantikan dengan gas helium.

Kenderaan hidrogen

Sequel, kenderaan berkuasa sel bahan api keluaran General Motors. Isian bahan api hidrogen kereta BMW, Museum Autovision, Altlußheim, Jerman Tangki hidrogen cecair Linde, Museum Autovision, Altlußheim, Jerman Kenderaan hidrogen merupakan kenderaan yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api untuk kuasa bergerak, tidak kira sama ada berbentuk kenderaan pengangkutan peribadi seperti kereta, atau mana-mana jentera pengangkutan lain yang menggunakan hidrogen sedemikian, seperti pesawat. Loji kuasa kenderaan ini menukar tenaga kimia hidrogen menjadi tenaga mekanik (tork) sama ada melalui pembakaran atau penukaran elektrokimia dalam sel bahan api: Dalam pembakaran, hidrogen dibakar dalam enjin melalui kaedah yang serupa dengan kereta petrol tradisional.


Dalam penukaran sel bahan api, hidrogen bertindak balas dengan oksigen untuk menghasilkan air dan elektrik, elektrik ini digunakan untuk menjana motor tarikan elektrik. Molekul hidrogen yang diperlukan sebagai bahan api dalam kenderaan hidrogen boleh diperoleh melalui pelbagai kaedah termokimia yang menggunakan gas asli, arang (melalui proses pengegasan arang), gas petroleum cair, biojisimpengegasan biojisim), melalui proses termolisis, atau sebagai hasil buangan mikrob yang dipanggil biohidrogen atau penghasilan hidrogen biologi. Hidrogen juga boleh dihasilkan dari air melalui elektrolisis. Jika elektrik yang digunakan untuk elektrolisis dihasilkan menggunakan tenaga boleh baharu, maka penghasilan hidrogen (pada dasarnya) akan menyebabkan tiada pengeluaran karbon dioksida bersih. Penguraian dalam kenderaan untuk menghasilkan hidrogen boleh berlaku apabila mangkin digunakan. ( Hidrogen ialah sejenis pembawa tenaga, bukan sumber tenaga, maka tenaga yang digunakan kereta perlu disumbangkan oleh loji kuasa biasa atau stesen hidrogen rumah. Salah satu faedah pengeluaran kenderaan hidrogen besar-besara yang diperkatakan adalah boleh mengurangkan pengeluaran gas rumah tanaman dan perosak lapisan ozon.Lebih-lebih lagi, penukaran bahan api fosil boleh dialihkan dari kenderaan, seperti kenderaan masa kini, ke loji kuasa pusat di mana hasil sampingan pembakaran atau pengegasan boleh dikawal dengan lebih baik berbanding di paip ekor. Namun begitu, adanya rintangan teknikal dan ekonomi dalam pelaksanaan penggunaan kenderaan hidrogen secara meluas, di samping wujudnya alternatif yang kurang mahal. Mungkin berpiuluh-puluh tahun diperlukan untuk mengatasi rintangan-rintangan ini, dan kenderaan hidrogen mungkin tidak akan dihasilkan secara meluas.Untuk aplikasi mobil, hidrogen dianggap sebagai "salah satu kaedah paling kurang cekap dan paling mahal untuk mengurangkan gas rumah hijau". Oksigen Pembakaran adalah satu is a proses kimia, satu tindakbalas eksotermik di antara satu bahan (bahanapi) dan satu gas ( pengoksidan), biasanya O2, untuk membebaskan haba. Dalam satu tindakbalas pembakaran yang sempurna, satu sebatian akan bertindakbalas dengan satu unsur yang beroksigen, dan hasilnya adalah sebatian dari setiap unsur bergabung di dalam bahanapi dengan unsur yang beroksigen.

Tuesday, August 19, 2008